Kemeja batik 'abang sado'

Kemeja batik 'abang sado'. [Newspaper] (2018)



Abstract

Transformasi dalam fesyen sentiasa berlaku. Saban hari, banyak sentuhan unik diketengah pereka dan pengeluar jenama pakaian di serata dunia. Tidak kira sama ada moden, motif klasik, gaya baru atau kontemporari, pereka kini semakin kreatif mempertaruhkan kekuatan jenis fabrik, gaya jahitan serta potongan busana.

Di Malaysia, kemeja corak batik kian menjadi pilihan orang muda. Jika dulu, tidak ramai lelaki yang berani menyarung busana motif batik, namun hari ini ia umpama koleksi wajib ada dalam setiap almari pakaian.

Ada banyak jenama yang tampil dengan sentuhan batik. Tidak kira dari Indonesia, Kelantan, Terengganu, Kalimantan, Sabah atau Sarawak, motif yang dulunya dilabel tidak glamor ini berjaya mencuri perhatian pengikut fesyen semasa.

Item Type: Newspaper
Keywords: Kemeja batik, Busana, Motif tradisional
Taxonomy: By Niche > Batik > Marketing
Local Content Hub: Niche > Batik
Depositing User: Muslim Ismail @ Ahmad
Date Deposited: 18 Oct 2023 08:44
Last Modified: 18 Oct 2023 08:44
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item