Manifestasi status sosial berdasarkan tradisi pengebumian tradisional masyarakat Melanau. Asian Journal of Environment, History and Heritage, 5 (2): 6. pp. 63-75. ISSN 2590-4213 (2021)
Abstract
Artikel ini bertujuan untuk membincangkan tentang cara pengebumian golongan aristokrat dan golongan pertengahan dalam masyarakat Melanau, Mukah, Sarawak. Ini kerana tradisi ini jarang mendapat liputan menyebabkan orang awam tidak mengetahui keunikannya. Tambahan pula tradisi ini sudah tidak diamalkan lagi menyebabkan pengetahuan mengenainya juga semakin hilang. Dalam menghasilkan artikel ini rujukan untuk mendapatkan sumber primer dan sumber sekunder telah dilakukan di Perpustakaan Negeri Sarawak Cawangan Kuching, Perpustakaan CAIS UNIMAS dan Arkib Negara Malaysia, Cawangan Sarawak. Di samping itu, temu bual dengan beberapa ahli sejarah tempatan dan juga ketua kaum masyarakat Melanau di Mukah turut dilakukan untuk memantapkan penulisan ini. Hasil kajian mendapati bahawa tradisi pengebumian Melanau tradisional amat dipengaruhi oleh kepercayaan dan status sosial seseorang. Kepercayaan lama yang disebutkan sebagai kepercayaan Likow telah memberikan impak yang besar terhadap tradisi pengebumian masyarakat Melanau. Dalam masa yang sama, status sosial juga turut menyumbang dalam keunikan tradisi pengebumian Melanau tradisional. Sememangnya masyarakat Melanau sangat mementingkan status sosial dalam kehidupan mereka sehinggakan mereka telah mengelaskan masyarakat mereka kepada lapisan masyarakat. Pertama adalah golongan sembilan pikul yang menduduki lapisan teratas, diikuti dengan tujuh pikul iaitu golongan kelas pertengahan dan akhir sekali adalah tujuh bertirih dan dipen pada lapisan paling bawah. Berdasarkan pengelasan status inilah wujudnya perbezaan dalam aspek pengebumian masyarakat Melanau pada zaman tradisional.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pengebumian, Golongan aristokrat, Golongan pertengahan, Status sosial, Melanau |
Taxonomy: | By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Rites and Ceremonies By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Social Life and Customs |
Local Content Hub: | Niche > Melanau |
Depositing User: | Normah Sadaiee |
Date Deposited: | 02 Nov 2023 08:50 |
Last Modified: | 02 Nov 2023 08:50 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |