Pengoperasian kontrak tawarruq dalam sistem teras perbankan Islam di Malaysia

Pengoperasian kontrak tawarruq dalam sistem teras perbankan Islam di Malaysia. Journal of Contemporary Islamic Law, 8 (1). pp. 51-68. ISSN 0127-788X (2023)



Abstract

Sistem teras perbankan Islam adalah sistem yang bertanggungjawab untuk merekod atau menyelia aktiviti dan transaksi perbankan Islam harian. Oleh kerana kontrak tawarruq merupakan antara konsep Syariah yang diaplikasi dalam produkan perbankan Islam, kajian kualitatif ini bertujuan menganalisis kaedah mengoperasikan kontrak tawarruq ke dalam sistem teras perbankan Islam agar selari dengan tuntutan pematuhan Syariah di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (“IFSA 2013”). Kajian ini menganalisis data yang telah dikumpul melalui kaedah doktrin undang-undang dan kajian teks. Kajian ini mengenalpasti 17 pecahan proses yang terkesan dalam sistem teras perbankan Islam yang mampu memenuhi tuntutan pematuhan Syariah di bawah seksyen 28 dan 29, IFSA 2013. Malah, kajian ini menghasilkan keperluan-keperluan tawarruq pratakrif yang boleh dibahagikan kepada tiga komponen utama iaitu ciri-ciri utama, rukun-rukun dan kombinasi kontrak Syariah. Penghasilan keperluan-keperluan tawarruq pratakrif ini boleh membantu pihak-pihak berkepentingan dalam membangunkan sistem teras perbankan Islam di Malaysia.

Item Type: Article
Keywords: Islamic banking, Perbankan Islam, Sistem teras perbankan, Pematuhan Syariah, Tawarruq
Taxonomy: By Niche > Islamic Banking > Banks and Banking > Finance
By Niche > Islamic Banking > Banks and Banking > Government Policy
By Niche > Islamic Banking > Banks and Banking > Religious Aspects
Local Content Hub: Niche > Islamic Banking
Depositing User: Ilya Nur Fateen Othman
Date Deposited: 24 Nov 2023 04:33
Last Modified: 24 Nov 2023 04:33
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item