Penghapusan adat resam masyarakat Dusun di Kimanis semasa pentadbiran British North Borneo Chartered Company 1881-1941

Penghapusan adat resam masyarakat Dusun di Kimanis semasa pentadbiran British North Borneo Chartered Company 1881-1941. Journal of Borneo Social Transformation Studies (JOBSTS), 6 (1). pp. 163-173. ISSN 2462-2095 (2020)



Abstract

Adat secara umumnya bermaksud kebiasaan dalam sesebuah masyarakat yang menjadi peraturan hidup dan hukumannya pula sesuai mengikut kesalahan masing-masing. Di Sabah, dahulunya masyarakat mengamalkan amalan tradisi dan adat warisan nenek moyang yang diketuai oleh Orang Tua dan ketua kampung. Pentadbiran di Sabah mengalami banyak perubahan lebih-lebih lagi semasa pentadbiran British North Borneo Chartered Company (BNBCC) pada tahun 1881. Perubahan ini akhirnya mendatangkan kesan khususnya terhadap adat resam masyarakat Dusun. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk mengenalpasti penghapusan adat resam semasa pemerintahan BNBCC terhadap masyarakat Dusun di Kimanis. Semasa pemerintahan Kesultanan Brunei di Sabah iaitu sebelum tahun 1881, amalan adat istiadat masyarakat Dusun tidak mengalami sebarang sekatan atau halangan malahan mereka bebas menjalani kehidupan sesuai dengan adat masing-masing. Kaedah kutipan data adalah melalui rujukan sumber primer dan sekunder yang boleh didapati di Arkib negeri Sabah dan perpustakaan negeri Sabah serta perpustakaan Universiti Malaysia Sabah. Sesi temu bual kepada Ketua Adat masyarakat Dusun di Kimanis juga dijalankan bagi mengenalpasti bentuk-bentuk adat yang telah dihapuskan semasa pentadbiran BNBCC. Melalui artikel ini, didapati bahawa pentadbiran BNBCC sememangnya menghapuskan sebahagian adat istiadat masyarakat Dusun Kimanis yang memberi kesan mendalam terhadap masyarakat Dusun ini pada masa kini.

Item Type: Article
Keywords: Adat warisan, BNBCC, Sabah, Dusun, Kimanis
Taxonomy: By Niche > Ethnology > Kadazan Dusun (Bornean people) > Social Conditions
By Niche > Ethnology > Kadazan Dusun (Bornean people) > Social Life and Customs
Local Content Hub: Niche > Kadazan-Dusun
Depositing User: Mohamad Ismail
Date Deposited: 30 Nov 2023 23:15
Last Modified: 05 Dec 2023 02:41
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item