Pengurusan pembiayaan perdagangan antarabangsa Islam dalam sistem perbankan Islam di Malaysia. International Journal of Islamic Business, 2 (1). pp. 1-16. ISSN 0127-662X (2017)
Abstract
Perkhidmatan pembiayaan perdagangan antarabangsa mula diperkenalkan dalam sistem perbankan Islam di Malaysia pada awal 1990an apabila terdapat keperluan terhadap instrumen-instrumen Islam dalam bentuk perdagangan terutamanya di peringkat antarabangsa. Kebanyakan instrumen-instrumen pembiayaan perdagangan adalah berasaskan instrumen konvensional seperti surat jaminan bank (BG), surat kredit(LC), bil penerimaan(AB), jaminan perkapalan(SG), pembiayaan semula kredit eksport (ECR dan lain-lain. Untuk membolehkannya diterima oleh perbankan Islam, maka beberapa pengubahsuaian dilakukan supaya selaras dengan kehendak syariah seperti mengaplikasikan kontrak-kontrak muamalat Islam dalam produk-produk tersebut . Kontrak-kontrak muamalat yang banyak digunakan dalam produk-produk pembiayaan perdagangan antarabangsa Islam ialah murabahah, bai’ al-dayn, kafalah dan wakalah. Kertas kerja ini menganalisis pengurusan pembiayaan perdagangan antarabangsa secara Islam yang dilaksanakan oleh bank-bank Islam di Malaysia dari aspek kontrak-kontrak muamalat yang digunakan dan produk-produk yang ditawarkan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Islamic banking, Sistem perbankan Islam, Pengurusan, Pembiayaan perdagangan antarabangsa Islam |
Taxonomy: | By Niche > Islamic Banking > Banks and Banking > Finance By Niche > Islamic Banking > Banks and Banking > International Law and Legislation By Niche > Islamic Banking > Banks and Banking > Religious Aspects |
Local Content Hub: | Niche > Islamic Banking |
Depositing User: | Ilya Nur Fateen Othman |
Date Deposited: | 26 Dec 2023 06:29 |
Last Modified: | 26 Dec 2023 06:29 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |