Pembangunan kaedah pengekstrakan RNA berkualiti tinggi daripada isi buah mangga Harumanis

Pembangunan kaedah pengekstrakan RNA berkualiti tinggi daripada isi buah mangga Harumanis. Buletin Teknologi MARDI, 32. pp. 111-119. ISSN 2289-9642 (2022)



Abstract

Populariti buah mangga Harumanis menyebabkan para penyelidik mula membuat kajian di peringkat molekul bagi mengetahui khasiat sebenar yang terkandung dalam buah tersebut. Beberapa kajian molekul telah dilakukan pada era genomik tanaman berkayu, tetapi kajian transkriptomik yang merupakan kajian penting biologi molekul jarang dilakukan pada spesies tumbuhan ini. Oleh itu, pemencilan RNA berkualiti tinggi daripada isi buah mangga Harumanis amat penting untuk kajian transkriptomik selain untuk kajian yang lain seperti Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR), pengekspresan RNA dan juga analisis mikroatur. Walau bagaimanapun, buahbuahan daripada tumbuhan berkayu seperti Harumanis ini didapati mempunyai kandungan sebatian polisakarida, sebatian polifenolik dan protein yang tinggi di mana komponen ini akan dibebaskan bersama dengan genomik DNA semasa proses pemecahan sel untuk membebaskan RNA. Interaksi komponenkomponen tersebut dengan RNA akan membentuk kompleks tidak larut yang menjurus kepada degradasi RNA yang seterusnya memberikan hasil RNA yang rendah. Oleh itu, amat penting untuk menyingkirkan komponen-komponen ini secara berkesan kerana ia merupakan kunci untuk mengekstrak RNA berkualiti tinggi daripada buah tanaman berkayu.

Item Type: Article
Keywords: Harumanis mango, Processing protocol, RNA extraction, Transcriptional profiling, Quality standards
Taxonomy: By Niche > Harum Manis > Processing
By Niche > Harum Manis > Quality
By Niche > Harum Manis > Research
Local Content Hub: Niche > Harum Manis
Depositing User: Nur Hayati Abdul Satar
Date Deposited: 28 Dec 2023 07:12
Last Modified: 28 Dec 2023 07:27
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item