Pakej teknik dan penyelenggaraan cantuman dewasa mangga Harumanis untuk pengeluaran hasil yang tinggi dan berkualiti. Buletin Teknologi MARDI, 34. pp. 1-16. ISSN 2289-9642 (2022)
Abstract
Mangga atau secara saintifiknya dikenali sebagai Mangifera indica Linn. merupakan salah satu komoditi buah-buahan utama di Malaysia. Pelbagai jenis varieti mangga yang terkenal dan sesuai ditanam di Malaysia seperti Harumanis, Chok Anan, Sala, Masmuda dan lain-lain lagi. Sejak sedekad yang lalu, penanaman Harumanis dilihat meningkat dengan mendadak disebabkan kualitinya yang tinggi serta digemari bagi pasaran dalam dan luar negara. Ini ditunjukkan melalui peningkatan luas bertanam dan pengeluaran hasil yang meningkat sebanyak 29.18% dan 38.40% dari tahun 2016 sehingga 2020 (Jadual 1). Klon mangga seperti Harumanis ini mendapat permintaan yang menggalakkan bukan sahaja atas faktor kualitinya, malahan turut disertai dengan kemampuannya mengeluarkan produk hiliran serta mampu menjamin nilai komersial yang tinggi. Sebagai contoh, klon Harumanis di Malaysia telah berjaya dikomersialkan ke negara Jepun pada tahun 2008 – 2010 yang lalu.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Mangga Harumanis, Cantuman dewasa, Klon mangga, Pengeluaran hasil, Kos |
Taxonomy: | By Niche > Harum Manis > Breeding By Niche > Harum Manis > Culture By Niche > Harum Manis > Research |
Local Content Hub: | Niche > Harum Manis |
Depositing User: | Nur Hayati Abdul Satar |
Date Deposited: | 28 Dec 2023 07:19 |
Last Modified: | 28 Dec 2023 07:27 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |