Pembiakan mangga Harumanis menggunakan teknik keratan mikro

Pembiakan mangga Harumanis menggunakan teknik keratan mikro. Buletin Teknologi MARDI, 23. pp. 55-65. ISSN 2289-9642 (2021)



Abstract

Pengeluaran mangga seperti mangga Harumanis dan Chok Anan menunjukan trend peningkatan yang baik (9.85%) bagi tempoh tahun 2018 – 2020 tetapi pengeluaran masih tidak mencukupi untuk menampung permintaan dalam negara. Menurut laporan Statistik Tanaman (Sub-Sektor Tanaman Makanan) Buah-Buahan 2020 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia, pada tahun 2020 kawasan yang ditanam dengan mangga di Malaysia adalah seluas 5,743 hektar yang telah menghasilkan pengeluaran sebanyak 16,839 tan metrik dengan pendapatan bersih sebanyak RM373 juta. Bagi meningkatkan pengeluaran dan menambah peratusan kadar sara diri (SSL) pengeluaran mangga dalam negara maka perluasan kawasan tanaman mangga perlu ditingkatkan. Usaha perluasan kawasan penanaman mangga adalah berkait dengan ketersediaan bahan tanaman yang banyak dan berkualiti. Oleh itu, penghasilan bahan tanaman Harumanis yang cepat dan berkualiti dijangka mampu membantu meningkatkan kadar pertambahan perluasan kawasan ditanam dengan mangga dan peningkatan pengeluaran mangga dalam negara.

Item Type: Article
Keywords: Harumanis mango, Micro-cutting, True-to-type seedlings, Peat moss and sand mixture, Rooting percentage
Taxonomy: By Niche > Harum Manis > Breeding
By Niche > Harum Manis > Culture
By Niche > Harum Manis > Research
Local Content Hub: Niche > Harum Manis
Depositing User: Nur Hayati Abdul Satar
Date Deposited: 28 Dec 2023 07:30
Last Modified: 28 Dec 2023 07:30
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item