Jerunai sejarah dan misteri bangsawan Melanau. [Newspaper] (2023)
Abstract
MASYARAKAT Melanau sinonim dengan sejarah jerunai terutama di Kampung Tellian, Mukah kerana ia melibatkan kisah rakyat, adat dan kepercayaan kaum tersebut. Jerunai merupakan lambang bersejarah bagi masyarakat Melanau, ia dijadikan tempat persemadian golongan bangsawan suatu ketika dahulu. Untuk pengetahuan, jerunai atau Kelideng ialah keranda bagi golongan bangsawan kaum Melanau yang berbentuk satu tiang bulat sebesar satu pemeluk dan diperbuat daripada kayu belian agar tahan lama. Pada batang jerunai diukir bermacam motif dan lazimnya ia didirikan di tebing-tebing sungai. Bagi mengiringi roh bangsawan Melanau yang meninggal, seorang gadis daripada golongan hamba atau dipen dalam bahasa Melanau dikorbankan. Si gadis tersebut diikat di atas puncak Jerunai tanpa makanan dan minuman. Mereka percaya apabila si gadis mati kebuluran, rohnya menjaga tuan iaitu golongan bangsawan yang disemadikan di dalam lubang jerunai.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Jerunai, Melanau, Kelideng, Bangsawan, Adat |
Taxonomy: | By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Rites and Ceremonies By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Social Life and Customs |
Local Content Hub: | Niche > Melanau |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 04 Jan 2024 09:31 |
Last Modified: | 04 Jan 2024 09:31 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |