Pipus tellian dari isi ikan parang, makanan tradisional Melanau

Pipus tellian dari isi ikan parang, makanan tradisional Melanau. [Newspaper] (2022)



Abstract

MUKAH: Sekitar 1950-an, dia melihat ibunya menghasilkan pipus, makanan tradisional Melanau – terhasil daripada kulit ikan yang dihancurkan, seterusnya dimakan seisi keluarga.
Masih segar dalam ingatan kenangan itu dalam benak suri rumah Kampung Tellian Tengah, Jainah Jana, 70. Dia tidak menyangka, dahulu ibunya dapat menghasilkan makanan tradisional Melanau, pipus dengan hanya menggunakan kulit ikan dan rasanya sungguh sedap. Jaina sendiri kini menghasilkan pipus ikan dari rumahnya sejak memulakan perniagaan berkenaan pada 2016 hasil belajar dengan arwah ibu saudaranya, Monica Lik. Bagi masyarakat Melanau di Mukah, pembuatan pipus ikan menggunakan isi ikan parang yang disalai dan dibakar untuk tempoh lama berbanding pipus Matu Daro menggunakan kaedah seperti membuat otak-otak dengan isi ikan dikisar menggunakan bahan tertentu, dibakar di dalam daun.

Item Type: Newspaper
Keywords: Pipus Tellian, Melanau, Traditional food, Daun isieng
Taxonomy: By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Social Life and Customs
Local Content Hub: Niche > Melanau
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 04 Jan 2024 09:34
Last Modified: 04 Jan 2024 09:34
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item