Tekstil Melanau batik linut ke pentas dunia

Tekstil Melanau batik linut ke pentas dunia. [Newspaper] (2021)



Abstract

MUKAH: Berasal dari Kampung Telian, Mukah, sebuah perkampungan Melanau, batik linut kini dalam usaha diperkenalkan ke pentas antarabangsa menerusi bandar raya Miri. Pengarah Urusan Lamin Dana Sdn Bhd Diana Rose berkata Miri dipilih untuk mempromosikan tekstil unik yang menggunakan tepung rumbia (linut) sebagai bahan pencorak itu, adalah keputusan berasaskan ekonomi memandangkan bandar raya kosmopolitan tersebut penghubung utama kawasan utara Sarawak ke luar negara. Beliau berkata Miri mempunyai hubungan penerbangan terus ke Singapura dan juga lokasi yang strategik kerana berjiran dengan Brunei dan Sabah, malah kuasa beli penduduknya lebih tinggi.
“Justeru, untuk menjadikan batik linut sebagai produk pengenalan Miri, langkah ini merupakan satu percaturan yang baik. “Ia merupakan situasi menang menang untuk kita. Kami berkongsi warisan dan jiwa kami dengan Miri serta bandar raya ini mempunyai satu lagi produk tarikan pelancongan,” katanya kepada Bernama.

Item Type: Newspaper
Keywords: Melanau, Batik linut, Linut (Sago)
Taxonomy: By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Social Life and Customs
Local Content Hub: Niche > Melanau
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 04 Jan 2024 09:38
Last Modified: 04 Jan 2024 09:38
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item