Kraf Sarawak terus dapat permintaan

Kraf Sarawak terus dapat permintaan. [Newspaper] (2024)



Abstract

Hasil kraf tangan penduduk di daerah Dalat, Mukah terus mendapat perhatian dan permintaan di Semenanjung Malaysia. Pemilik Uren Customade Woodwork Lawrence Dan, 46, berkata, dia menghasilkan banyak kraf tangan dan kebanyakannya berasaskan kayu. “Menjadi kebanggaan apabila produk hasil tangan saya seperti pengayuh atau dikenali sebagai pela dalam bahasa Melanau mendapat permintaan untuk direka khas kepada bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Wan Azizah suatu ketika dahulu. “Kini, produk tersebut berada di Putrajaya dan saya berasa sangat bangga dapat menunjukkan hasil tangan Melanau di sana,” katanya kepada Suara Sarawak. Dedah Lawrence, selain pela, dia juga menghasilkan produk daripada sekecil-kecil rantai kunci, cenderamata berasaskan kayu sehinggalah kepada sebesar-besar meja makan dan almari.

Item Type: Newspaper
Keywords: Kraf tangan kayu, Melanau
Taxonomy: By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Social Life and Customs
Local Content Hub: Niche > Melanau
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 05 Jan 2024 03:36
Last Modified: 05 Jan 2024 03:36
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item