Promosi terendak ke pasaran global. [Newspaper] (2020)
Abstract
Dalat: Terendak yang digunakan wanita masyarakat Melanau sejak sekian lama, mampu menjadi cenderahati menarik untuk dibawa balik oleh pelancong yang mengunjungi Sarawak.
Terendak yang juga dikenali dengan nama sera, u, sera'ong atau tapo, sinonim dengan masyarakat Melanau di Mukah yang merangkumi Dalat, Oya, Igan, Matu, Daro hinggalah ke Kuala Rajang kerana tanpanya tidak lengkap busana tradisional masyarakat itu. Justeru, satu usaha sedang dijalankan untuk mengangkat terendak ke tahap lebih tinggi dengan memperhebatkan promosi bagi menjadikannya cenderahati yang wajib dimiliki pelancong. Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak negeri Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, antara usaha itu ialah akan mempamerkan terendak pelbagai saiz di Bazarnita Dalat yang kini masih dalam pembinaan.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Terendak, Melanau, Kraftangan, Bazarnita Dalat |
Taxonomy: | By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Social Life and Customs |
Local Content Hub: | Niche > Melanau |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 08 Jan 2024 05:12 |
Last Modified: | 08 Jan 2024 05:12 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |