Melanau Jerijeh teguh pertahankan budaya tradisi

Melanau Jerijeh teguh pertahankan budaya tradisi. [Newspaper] (2015)



Abstract

Masyarakat Melanau Jerijeh sememangnya kaya dengan adat dan budaya, malah komuniti desa ini yang tinggal di kawasan penempatan kira-kira 30 kilometer dari Tanjung Manis, Mukah, Sarawak cukup berbangga dengan warisan tradisi mereka. Malah, di sebalik arus kemodenan hari ini, khazanah adat dan budaya mereka terus dipulihara, dengan pelbagai usaha dilaksanakan bagi memupuk kesedaran dalam kalangan generasi mudahnya untuk terus mempertahankan warisan tradisi sejak berzaman itu. Antaranya, inisiatif menubuhkan Biro Kebudayaan dan Kesenian Kampung Jerijeh Baharu, dengan ahlinya terdiri dari penduduk di kawasan penempatan terbabit, berusia seawal lapan tahun hingga 70 tahun. Pengerusi Biro Kebudayaan dan Kesenian Kampung Jerijeh Baharu, Pendita Bakeri, berkata ia sebahagian daripada pendekatan bagi menjamin warisan seni dan budaya masyarakat itu tidak lapuk ditelan zaman, lebih-lebih lagi dengan kemajuan negara ketika ini mewujudkan pelbagai sumber hiburan baharu.

Item Type: Newspaper
Keywords: Melanau Jerijeh, Budaya tradisi, Generasi Melanau
Taxonomy: By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Social Life and Customs
Local Content Hub: Niche > Melanau
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 09 Jan 2024 07:40
Last Modified: 09 Jan 2024 07:40
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item