Batik linut Mukah

Batik linut Mukah. [Newspaper] (2019)



Abstract

BERMAIN dengan gam sagu, warna dan cahaya matahari. Inilah aktiviti mereka setiap hari. Walaupun kadangkala diuji dengan deraian hujan, ia tetap membuat sekumpulan anak muda yang tekun mempelajari kaedah pembuatan batik linut teruja. Mana tidaknya, ketika hujan mereka boleh berbincang, mengukur pola dan menekap corak pada helaian yang sudah siap. Sekali lagi, kain yang bercorak cantik itu perlu dijemur hingga kering sebelum proses ‘mengunci’ warna dilakukan supaya semua motif yang ada di atas helaian batik itu kekal menyerlah. Berbeza dengan warisan seni tradisional lain yang kurang mendapat sambutan golongan muda, batik linut pula berjaya menarik perhatian mereka yang begitu bersungguh-sungguh mempelajari proses penghasilannya daripada sekeping kain putih sehingga lahirnya sehelai pakaian. Sebenarnya usia batik linut masih terlalu muda, baru diilhamkan Februari lalu dan kini dalam fasa penghasilan produk. Sekali imbas, batik linut tampak seperti helaian kain yang dicorak menggunakan kaedah ikat-celup. Namun apabila diteliti, ia jauh berbeza kerana corak pada setiap helaiannya tidak sama.

Item Type: Newspaper
Keywords: Melanau, Batik Linut, Seni tradisional, Pembuatan batik, Sagu mentah, Busana tradisional
Taxonomy: By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Social Life and Customs
Local Content Hub: Niche > Melanau
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 09 Jan 2024 07:46
Last Modified: 09 Jan 2024 07:46
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item