Seni persembahan Topeng Sagu Melanau dalam Kaul Serahang Kakan di Sarawak

Seni persembahan Topeng Sagu Melanau dalam Kaul Serahang Kakan di Sarawak. Advances in Humanities and Contemporary Studies, 4 (1). pp. 162-171. ISSN 2773-4781 (2023)



Abstract

Masyarakat Melanau mempunyai satu budaya bertopeng semasa persembahan Serahang Kakan yang diperbuat daripada pokok rumbia. Dalam kajian ini, topeng tersebut dinamakan topeng sagu Melanau. Pemakai topeng akan menjadi subjek utama dalam Serahang Kakan dan seterusnya menjadikan Kaul sebagai satu aktiviti kebudayaan yang menarik dalam masyarakat Melanau. Proses penghasilan topeng, fungsi, dan nilai estetik budaya ini akan dibincangkan dalam kajian ini bagi melihat tinjauan awal seni persembahan ini yang jarang diberi perhatian oleh kebanyakan pengkaji kebudayaan Melanau. Sorotan kajian lepas dan beberapa siri kajian lapangan telah dibuat di Mukah untuk mendapatkan maklumat berkaitan. Kajian mendapati bahawa keunikan material pembuatan topeng; pokok rumbia telah menjadikan topeng sagu Melanau ini mempunyai bentuk dan fungsi tersendiri dalam persembahan Serahang Kakan.

Item Type: Article
Keywords: Melanau, Serahang, Topeng sagu, Seni persembahan, Pesta Kaul
Taxonomy: By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Rites and Ceremonies
By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Social Life and Customs
Local Content Hub: Niche > Melanau
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 10 Jan 2024 08:12
Last Modified: 10 Jan 2024 08:12
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item