Perbandingan pantang larang kaum Iban dan kaum Melanau

Perbandingan pantang larang kaum Iban dan kaum Melanau. Jurnal Melayu Sedunia, 6 (1). pp. 1-12. ISSN 2637-0751 (2023)



Abstract

Pantang larang bermaksud perbuatan yang dilarang untuk dilakukan. Pantang larang ini wujud dalam sesebuah adat dan kepercayaan sesuatu kaum. Dalam konteks masyarakat Iban dan Melanau, pantang larang terbentuk akibat kepercayaan terhadap kekuatan kuasa jahat. Masyarakat Iban dan Melanau percaya bahawa pelanggaran pantang larang akan menyebabkan berlakunya kecelakaan. Namun, terdapat perbezaan pantang larang di antara kedua-dua kaum tersebut terutama dari segi unsur simbol. Objektif pertama kajian ini, ialah mengenal pasti simbol dalam pantang larang masyarakat Iban dan Melanau, kedua menghuraikan perbezaan pantang larang kaum Iban dan Melanau secara umum dan yang terakhir, ialah menganalisis perbezaan unsur simbol dalam pantang larang kaum Iban dan Melanau. Kajian ini menggunakan kajian kepustakaandan kaedah penyelidikan lapangan di mana data diperoleh melalui temu bual enam orang informan yang berasal dari Bintangor (berketurunan Iban) dan Mukah (berketurunan Melanau). Hasil analisis kajian ini mendapati unsur simbol seperti tumbuhan, perbuatan, benda, dan haiwan dalam pantang larang kaum Iban dan kaum Melanau. Misalnya Melanau mempunyai simbol tumbuhan midin dan kulat, manakala kaum Iban mempunyai simbol tumbuhan padi, labu dan pokok pisang. Secara keseluruhannya, kajian ini membincangkan perbandingan unsur simbol dan makna dalam pantang larang kaum Iban dan Melanau. Ia bertujuan untuk menjaga tatatertib dalam kehidupan masyarakatnya sekali gus memperingati masyarakatnya untuk sering berhati-hati dan menjauhkan diri daripada sebarang bahaya yang akan mendatang.

Item Type: Article
Keywords: Kaum Melanau, Kaum Iban, Kepercayaan, Pantang larang, Simbol
Taxonomy: By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Rites and Ceremonies
By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Social Life and Customs
Local Content Hub: Niche > Melanau
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 12 Jan 2024 09:48
Last Modified: 12 Jan 2024 09:48
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item