Penyebaran fonem vokal dan diftong dalam komunikasi lisan varian Melanau Oya di Sarawak

Penyebaran fonem vokal dan diftong dalam komunikasi lisan varian Melanau Oya di Sarawak. Kolej Universiti Islam Selangor, 8. pp. 106-114. ISSN 2811-4051 (2023)



Abstract

Makalah ini membicarakan salah satu varian Melanau (VM) yang terdapat di Sarawak iaitu varian Melanau Oya (VM OA). Objektif kajian dalam makalah ini ialah menganalisis dengan menilai dan menyusun semula aspek-aspek fonologi yang masih belum mendapat penjelasan terhadap beberapa kajian tentang VM OA terutamanya dalam menentukan jumlah inventori fonem. Justeru, kajian ini bertujuan menyentuh aspek fonetik dan fonologi dengan cara mendeskripsikan sistem fonologi VM OA dengan memaparkan penyebaran bunyi vokal, diftong dan melihat keberadaan alternasi dalam VM OA ini. Pendekatan yang dimanfaatkan dalam mencapai objektif kajian ini ialah pendekatan struktural. Hasil kajian membuktikan bahawa VM OA mempunyai 6 fonem vokal iaitu /i, u, e, o, , a/ dan memiliki empat diftong iaitu /-oj, aw, -aj, -ej/ yang dibunyikan sebagai [-oj, -aw, -aj, -ej]. Empat diftong ini hanya hadir pada posisi akhir kata sahaja. Hasil penemuan ini secara tidak langsung dapat memberikan satu sumbangan yang baharu dalam bidang dialektologi.

Item Type: Article
Keywords: Fonologi, Fonem, Melanau Oya, Vokal, Penyebaran
Taxonomy: By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Social Life and Customs
Local Content Hub: Niche > Melanau
Depositing User: Jamil Jawi
Date Deposited: 12 Jan 2024 09:42
Last Modified: 12 Jan 2024 09:42
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item