Cabaran dan permasalahan menguruskan perniagaan ketika COVID 19: Kes pengusaha Madu Kelulut di Sik Kedah

Cabaran dan permasalahan menguruskan perniagaan ketika COVID 19: Kes pengusaha Madu Kelulut di Sik Kedah. Jurnal Pembangunan Sosial, 26. pp. 87-111. ISSN 1394-6528 (2023)



Abstract

Usahawan sering berhadapan dengan cabaran dan rintangan dalam menguruskan perniagaan. Maka, usahawan harus merancang, mengurus, mengelola dan melaksanakan strategi perniagaan dengan efisyen, cekap dan berkesan. Ketika pandemik Covid-19 melanda dunia, Malaysia juga turut terkesan dengan wabak ini sehingga berlakunya krisis ekonomi yang mencabar. Bagi perusahaan kecil dan
sederhana (PKS) pula, keadaan pandemik ini sudah pasti memberi cabaran utama terhadap aliran pendapatan perniagaan kerana operasi perniagaan terpaksa dihentikan sepanjang tempoh Peraturan Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam membendung wabak ini. Kertas kerja ini membincangkan cabaran dan permasalahan yang dihadapi oleh usahawan ketika tempoh PKP yang dilaksanakan oleh kerajaan. Kaedah pengumpulan data secara
kualitatif telah dilakukan melalui temubual secara atas talian dan bersemuka terhadap sepuluh (10) usahawan kecil yang menjalankan perniagaan madu kelulut di Daerah Sik, Kedah. Seterusnya, penyelidik juga telah memperolehi maklumat berkaitan usahawan tentang cabaran yang dihadapi melalui temubual bersemuka. Hasil dapatan mendapati usahawan kecil menyatakan tempoh pandemik Covid-19 memberi impak negatif terhadap jualan dan aliran pendapatan usahawan PKS.

Item Type: Article
Keywords: COVID-19, Kelulut, Penternak Kelulut
Taxonomy: By Niche > Kelulut (Stingless Bee) > Behavior
By Niche > Kelulut (Stingless Bee) > Breeding
By Niche > Kelulut (Stingless Bee) > Research
Local Content Hub: Niche > Kelulut (Stingless Bee)
Depositing User: Nor Azimahwati Aris
Date Deposited: 27 Jun 2024 03:51
Last Modified: 28 Jun 2024 00:35
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item