Perbezaan agama, tahap pendidikan dan umur terhadap kesedaran kepada produk dan perkhidmatan perbankan Islam dalam kalangan bukan Islam

Perbezaan agama, tahap pendidikan dan umur terhadap kesedaran kepada produk dan perkhidmatan perbankan Islam dalam kalangan bukan Islam. Masters thesis, Universiti Utara Malaysia. (2015)



Abstract

Kewangan Islam merupakan satu sistem kewangan yang abstrak sehingga separuh pertama abad kedua puluh. Setelah hampir tiga dekad kesedaran dunia terhadap perbankan Islam, Malaysia mengorak langkah ke arah penubuhan bank Islam yang pertama. Bank-bank Islam perlu bersaing dengan saingan daripada bank-bank konvensional yang mempunyai sejarah lebih lama berbanding dengan bank-bank Islam.
Menyedari persaingan itu, bank-bank Islam perlu tahu faktor-faktor yang mempengaruhi kesedaran, pemahaman dan persepsi pelanggan ke arah perbankan Islam. Bank-bank
Islam bukan sahaja untuk orang Islam, tetapi juga boleh dimanfaatkan oleh orang bukan Islam. Di Malaysia, 40% daripada penduduk adalah bukan Islam dan dengan itu sasaran pasaran kepada bukan Islam adalah sama penting terhadap bank-bank Islam. Tujuan kajian ini pada dasarnya adalah untuk mengkaji faktor-faktor perbezaan yang
mempengaruhi kesedaran, pemahaman dan persepsi di kalangan bukan Islam terhadap produk dan perkhidmatan Perbankan Islam di Daerah Kota Setar, Kedah. Faktor-faktor
perbezaan yang dikenalpasti dan dibincangkan dalam kajian ini adalah perbezaan agama, tahap pendidikan dan umur. Persampelan rawak mudah telah digunakan dalam
pemilihan sampel. Sebanyak 150 borang soal selidik diedarkan kepada reponden bukan Islam di sekitar Daerah Kota Setar, hanya 128 sahaja sampel dikembalikan dan dapat
digunakan dalam analisis ini. Data dalam kajian ini dianalisis dengan menggunakan “Statistical Package for Social Science” SPSS versi 19. Keputusan kajian diuji menggunakan analisis deskriptif dan ujian ANOVA satu hala. Berdasarkan keputusan
analisis kajian, menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi perbezaan agama terhadap kesedaran, kefahaman dan persepsi orang bukan Islam terhadap
perbankan Islam, manakala terdapat perbezaan yang signifikan tahap pendidikan dan umur terhadap kesedaran, pemahaman dan persepsi terhadap perbankan Islam. Kajian
ini diharapkan dapat memberi implikasi kepada bank-bank Islam bagi menarik orang bukan Islam terhadap produk dan perkhidmatan perbankan Islam yang ditawarkan dan
cadangan untuk kajian masa hadapan berkaitan perbankan Islam.

Item Type: Thesis (Masters)
Keywords: Perbankan Islam, Pemahaman dan persepsi, Faktor perbezaan, Kesedaran
Taxonomy: By Niche > Islamic Banking > Banks and Banking > Customer Services
By Niche > Islamic Banking > Banks and Banking > Finance
By Niche > Islamic Banking > Banks and Banking > Social Aspects
Local Content Hub: Niche > Islamic Banking
Depositing User: Ilya Nur Fateen Othman
Date Deposited: 02 Feb 2024 09:45
Last Modified: 02 Feb 2024 09:45
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item