Kelulutologi: merungkai misteri kelulut, alam dan kehidupan manusia

A.R., Shamsul Bahari Kelulutologi: merungkai misteri kelulut, alam dan kehidupan manusia. Penerbit UMT, KUALA NERUS TERENGGANU. ISBN 9789672939412 (2021)



Abstract

Buku KELULUTOLOGI mengupas tentang misteri kejadian dan kehidupan kelulut serta hubung kait rapat kelulut dengan alam sekitar dan manusia. Terdapat lapan bab dalam buku ini.

Bab pertama membawa pembaca mengenali latar belakang industri kelulut di Malaysia serta perkembangan industri tersebut sehingga ia mula diminati oleh masyarakat umum. Beberapa cabaran semasa serta arah tuju industri kelulut negara turut dibincangkan.

Bab dua memperincikan beberapa sifat, ciri-ciri serta keunikan kelulut Indo-Malaya. Perbezaan kelulut dengan lebah madu juga dijelaskan.

Bab tiga penulis menceritakan tentang kepelbagaian spesies kelulut Indo-Malaya yang terdapat di Nusantara termasuk dari negara Brazil. Beberapa spesies kelulut yang menarik dan jarang ditemui dipaparkan untuk tatapan pembaca.

Bab empat pembaca disajikan pula dengan pelbagai maklumat berkaitan dengan madu kelulut. Bab ini menceritakan dengan jelas bagaimana madu dihasilkan oleh kelulut serta pelbagai khasiat madu kelulut terhadap kesihatan manusia.

Bab lima menghimpunkan penulisan artikel berkaitan cara-cara pengurusan kelulut yang lestari dan ideal. Beberapa tip serta panduan penjagaan koloni yang baik serta teknik-teknik biak baka koloni kelulut dibincangkan.

Bab enam membincangkan hubungan kelulut dengan manusia serta bagaimana sifat baik kelulut boleh mempengaruhi tingkah laku manusia.

Bab tujuh memperincikan peranan kelulut terutamanya sebagai agen pendebungaan dan peranan kelulut terhadap kelestarian alam sekitar.

Bab lapan membawa pembaca mengikuti pengembaraan penulis dalam siri ekspedisi kelulut yang dilakukan di Malaysia, negara-negara Nusantara dan Brazil.

Buku KELULUTOLOGI ini juga memaparkan koleksi foto makro terpilih, eksklusif dan berwarna-warni yang diambil dan disusun sendiri oleh penulis agar pembaca dapat menghayati nukilan buku ini dengan baik dan sepenuh hati.

Item Type: Book
Keywords: Entrepreneur, Madu kelulut, Stingless bee
Taxonomy: By Niche > Kelulut (Stingless Bee) > Behavior
By Niche > Kelulut (Stingless Bee) > Culture
Local Content Hub: Niche > Kelulut (Stingless Bee)
Depositing User: Norairin Natasya Zulkifli
Date Deposited: 02 Feb 2024 10:11
Last Modified: 02 Feb 2024 10:11
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item