PAMM harap RTM dapat wujudkan carta lagu Melanau

PAMM harap RTM dapat wujudkan carta lagu Melanau. [Newspaper] (2024)



Abstract

SIBU: Penganjuran julung kali Anugerah Juara Lagu Melanau (AJLM) 2023 diharap dapat menarik minat Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk mewujudkan carta lagu Melanau pada masa akan datang. Timbalan Presiden Persatuan Pengkarya Pemuzik Artis Melanau, Sibu (PAMM) berkata pada masa ini RTM sudah mempunyai carta lagu Iban dan Bidayuh. "Kita berharap, dengan Anugerah Juara Lagu Melanau, harapan kami agar pihak RTM akan membuat satu carta khas untuk lagu-lagu Melanau," katanya pada sidang media AJLM 2023 di sini, hari ini. Beliau juga berharap, pihak RTM akan berminat untuk mengambil alih penganjuran AJLM yang mana pada masa ini masih dianjurkan di bawah PAMM. Ditanya sama ada pihak PAMM akan menjadikan acara itu sebagai acara tahunan, Bendahari PAMM Saemah Hamidon berkata, ia terpulang dengan kejayaan penganjuran julung kali AJLM ini kelak.

Item Type: Newspaper
Keywords: Lagu Melanau, Industri Muzik, Acara pelancongan dan kesenian
Taxonomy: By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Social Life and Customs
Local Content Hub: Niche > Melanau
Depositing User: Normah Sadaiee
Date Deposited: 06 Feb 2024 02:59
Last Modified: 06 Feb 2024 02:59
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item