Perbandingan antara hisbah dan majlis penasihat syariah sistem perbankan Islam. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, 5 (2011SE). pp. 41-51. ISSN 1985-7667 (2014)
Abstract
Sebagaimana definisi fuqaha, hisbah adalah badan pelaksana yang diberi kuasa untuk melakukan al-amr bi al-mac ruf wa nahy can al-munkar dalam bidang kuasa yang diberi oleh sesebuah kerajaan Islam. Manakala Majlis Penasihat Syariah (MPS) pula adalah sebuah komponen bank yang berperanan memantau bank Islam, agar ia beroperasi sejajar dengan kehendak syariah. Ia juga berperanan sebagai pemutus kepada bank, untuk menyelesaikan permasalahan yang berkaitan dengan hukum dalam menjalankan operasinya. Persoalan yang timbul adalah adakah MPS benar-benar menepati ciri-ciri yang membolehkannya dikatakan sebagai adaptasi hisbah. Melalui metodologi kajian perpustakaan, artikel ini membandingkan kedua-duanya melalui tiga aspek, iaitu definisi, bidang kuasa dan dalil-dalil pensyariatannya. Artikel ini merumuskan bahawa, hisbah dan MPS mempunyai definisi yang menekankan aspek pematuhan kepada syarak. Selain itu, MPS juga menjalankan sebahagian tugas hisbah. Manakala dalil-dalil pensyariatan hisbah adalah bersifat umum dan terpakai kepada MPS.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Perbankan Islam, Majlis penasihat syariah, Hisbah, Pensyariatan, Syarak |
Taxonomy: | By Niche > Islamic Banking > Banks and Banking > Finance By Niche > Islamic Banking > Banks and Banking > Religious Aspects |
Local Content Hub: | Niche > Islamic Banking |
Depositing User: | Ilya Nur Fateen Othman |
Date Deposited: | 06 Mar 2024 07:27 |
Last Modified: | 06 Mar 2024 07:28 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |