Pengaruh kewajipan agama dan literasi zakat terhadap gelagat pembayaran zakat simpanan secara terus melalui perbankan Islam. The Journal of Muamalat and Islamic Finance Research, 19 (2). pp. 136-154. ISSN 2948-5266 (2022)
Abstract
Pendeposit beragama Islam yang mempunyai simpanan di perbankan Islam wajib menunaikan zakat simpanan apabila telah cukup syarat tertentu. Bagi menggalakkan pendeposit menunaikan zakat simpanan, institusi perbankan Islam selaku ejen pungutan zakat simpanan bertauliah menyediakan kemudahan pembayaran zakat simpanan secara terus kepada pelanggan. Sehingga kini hanya terdapat dua buah bank Islam yang menawarkan kemudahan seumpama ini di Malaysia sekaligus berkemungkinan menggambarkan tahap kesedaran yang masih rendah. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi niat gelagat individu Islam untuk membayar zakat simpanan secara terus melalui bank. Kerangka kajian adalah berasaskan gabungan Teori Gelagat Terancang dan Teori Gelagat Pengguna Islam serta sekaligus memperkenalkan dua pemboleh ubah baharu, iaitu Kewajipan Agama dan mediator Literasi Zakat. Pengumpulan data menggunakan instrumen soal selidik dalam talian yang melibatkan responden dalam kalangan individu pendeposit beragama Islam di sekitar Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur. Penganggaran berdasarkan pemodelan persamaan struktur-kuasa dua terkecil separa (PLS-SEM). Dapatan kajian menunjukkan bahawa Sikap, Kewajipan Agama dan Kawalan Gelagat Ditanggap melalui kesan mediator Literasi Zakat adalah mempengaruhi niat gelagat menunaikan zakat simpanan secara langsung melalui bank Islam. Namun bagi Norma Subjektif pula menunjukkan ia tidak mempengaruhi Niat Gelagat Pembayaran Zakat Simpanan melalui Bank. Berdasarkan dapatan kajian ini, dapat disimpulkan bahawa pemboleh ubah baharu yang diperkenalkan iaitu Kewajipan Agama dan mediator Literasi Zakat dapat mempengaruhi kesediaan pendeposit Islam untuk menggunakan kemudahan pembayaran zakat simpanan secara langsung melalui bank. Justeru, adalah disarankan supaya institusi perbankan Islam yang masih belum menawarkan perkhidmatan ini kepada pelanggan masing-masing untuk berbuat demikian
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Perbankan Islam, Pendeposit Islam, Teori gelagat pengguna Islam, Zakat simpanan |
Taxonomy: | By Niche > Islamic Banking > Banks and Banking > Customer Services By Niche > Islamic Banking > Banks and Banking > Finance By Niche > Islamic Banking > Banks and Banking > Religious Aspects |
Local Content Hub: | Niche > Islamic Banking |
Depositing User: | Ilya Nur Fateen Othman |
Date Deposited: | 06 Mar 2024 08:53 |
Last Modified: | 06 Mar 2024 08:53 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |