Corak hilang upaya dalam kalangan pekerja di Malaysia: kajian kes bagi pencarum PERKESO

Corak hilang upaya dalam kalangan pekerja di Malaysia: kajian kes bagi pencarum PERKESO. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 16 (1). pp. 87-94. ISSN 2289-4535 (2018)



Abstract

Kecederaan yang berkait dengan pekerjaan merupakan suatu isu yang perlu diambil berat untuk mengurangkan permasalahan hilang upaya dan kematian di tempat kerja. Pekerja sihat dan berproduktiviti tinggi merupakan salah satu faktor yang penting kepada peningkatan ekonomi sesebuah negara. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti corak hilang upaya bagi pekerja yang dilindungi Skim Bencana Pekerjaan di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial Malaysia (PERKESO) untuk tahun 2009-2013. Berdasarkan perihalan diskriptif yang diperoleh, sebanyak 80% daripada jumlah keseluruhan pekerja yang mengalami masalah hilang upaya atau kematian di tempat kerja merupakan pekerja lelaki. Selain itu, pekerja yang berumur 25 tahun dan ke atas lebih terdedah kepada kecederaan dan kematian yang berkait dengan pekerjaan. Dapatan kajian ini menunjukkan faktor sosiodemografi seperti jantina dan umur, serta tahap hilang upaya merupakan beberapa faktor penting yang perlu dipertimbangkan dalam mengenal pasti corak hilang upaya dalam kalangan pekerja.

Item Type: Article
Keywords: Bencana kerja, Hilang upaya, Skim bencana pekerjaan, PERKESO
Taxonomy: By Niche > Industrial Disaster > Industrial Accidents
Local Content Hub: Niche > Industrial Disaster
Depositing User: Farleen Azrina Zamberi
Date Deposited: 12 Mar 2024 02:48
Last Modified: 12 Mar 2024 02:49
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item