Nilai pendidikan dalam talaala Dusun Tindal

Nilai pendidikan dalam talaala Dusun Tindal. Gendang Alam, 10 (2): 7. ISSN 2180-1738 (2020)



Abstract

Dusun Tindal merupakan etnik majoriti yang menduduki daerah Kota Belud, Sabah. Etnik ini terkenal dengan puisi yang disebut talaala. Puisi ini menyerupai pantun masyarakat Melayu sebagai khazanah sejak dahulukala. Sehingga kini, puisi talaala masih disebarkan secara lisan dan kajian tentangnya masih terbatas. Kajian awal terhadap puisi ini memaparkan nilai-nilai murni, iaitu persamaan dengan puisi Hsi Shing dalam masyarakat Cina atau Leka Main dalam masyarakat Iban yang kaya dengan nilai-nilai pendidikan. Justeru, kertas kerja ini akan menganalisis nilai pendidikan yang diterapkan dalam rangkap talaala Dusun Tindal. Data-data kajian diperoleh daripada temu bual dengan informan di lapangan. Analisis kajian mendapati talaala sarat dengan nilai pendidikan, terutamanya dorongan berkelakuan baik, kerajinan, hormat-menghormati dan memupuk kesedaran betapa pentingnya memiliki ilmu demi kelangsungan hidup. Penerapan nilai pendidikan secara tersirat dalam talaala menggambarkan kesantunan berbahasa dalam etnik Dusun Tindal, sekali gus mencerminkan ketinggian peradaban dan martabat mereka. Tradisi lisan talaala perlu dilestarikan demi memastikan nilai-nilai murni diterapkan dalam kalangan generasi muda.

Item Type: Article
Keywords: Kadazan-Dusun, Sub-etnik, Dusun Tindal, Talaala, Puisi
Taxonomy: By Niche > Ethnology > Kadazan Dusun (Bornean people) > Social Conditions
Local Content Hub: Niche > Kadazan-Dusun
Depositing User: Asrizam Awang Aman
Date Deposited: 12 Mar 2024 04:04
Last Modified: 12 Mar 2024 04:38
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item