Pengurusan keselamataan dan kesihatan pekerjaan dalam industri pembinaan dan pembuatan. Technical Report. Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah. (2017)
Abstract
Industri pembinaan memainkan peranan yang sangat penting dalam aktiviti pembangunan dan kemajuan negara. Industri pembuatan pula merupakan sektor utama negara yang banyak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan perkembangan pekerjaan. Disamping itu, kedua-dua sektor ini juga mempunyai pekerja yang begitu ramai berbanding sektor-sektor lain yang ada di negara kita. Umum mengetahui bahawa penggerak utama dalam peningkatan produktiviti negara ialah para pekerja. Tetapi sejauhmanakah mereka mengetahui betapa pentingnya keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja? Statistik pekerjaan dan perburuhan 2014 yang dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Kerja menunjukkan seramai 2.2 juta pekerja yang terlibat dalam sektor pembuatan dan 1.2 juta dalam bidang pembuatan.
Item Type: | Monograph (Technical Report) |
---|---|
Keywords: | Industri pembinaan, Kemalangan tempat kerja, Keselamatan pekerja |
Taxonomy: | By Niche > Industrial Disaster > Industrial Safety By Niche > Industrial Disaster > Industrial Safety > Management |
Local Content Hub: | Niche > Industrial Disaster |
Depositing User: | Farleen Azrina Zamberi |
Date Deposited: | 12 Mar 2024 03:14 |
Last Modified: | 12 Mar 2024 03:14 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |