Isu-isu semasa pengurusan keselamatan dan kesihatan dalam industri pembinaan Malaysia

Isu-isu semasa pengurusan keselamatan dan kesihatan dalam industri pembinaan Malaysia. Working Paper. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. (2017)



Abstract

Kertas kerja ini membincangkan isu-isu semasa berkaitan keselamatan dan kesihatan di tapak pembinaan, sumber manusia, kepakaran tenaga buruh dan program latihan dalam keselamatan dan kesihatan dalam industri pembinaan. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa salah satu kesan sampingan daripada kepesatan perkembangan ekonomi negara beberapa tahun kebelakangan ini ialah risiko-risiko yang dihadapi oleh tenaga kerja, khususnya dalam industri pembinaan yang semakin kompleks seperti isu-isu kualiti yang rendah, tahap produktiviti yang rendah, imej, kekurangan tenaga kerja mahir dan tahap kemalangan yang tinggi. Latihan keselamatan mempunyai kepentingan kepada firma dan masyarakat dan berupaya menyelamatkan nyawa, mengelakkan kemalangan, kecederaan dan kesakitan. Ini menunjukkan betapa pentingnya membekalkan secukupnya latihan keselamatan bagi memastikan tanggungjawab majikan telah dilaksanakan iaitu membekalkan latihan kepada semua lapisan pekerja binaan termasuk kakitangan pengurusan.

Item Type: Monograph (Working Paper)
Keywords: Industri pembinaan, Kemalangan, Keselamatan dan kesihatan pekerjaan
Taxonomy: By Niche > Industrial Disaster > Industrial Accidents
By Niche > Industrial Disaster > Industrial Safety
By Niche > Industrial Disaster > Industrial Safety > Management
Local Content Hub: Niche > Industrial Disaster
Depositing User: Farleen Azrina Zamberi
Date Deposited: 12 Mar 2024 03:41
Last Modified: 12 Mar 2024 03:41
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item