Kewujudan bahasa antara dalam kalangan pelajar suku Dusun Tindal

Kewujudan bahasa antara dalam kalangan pelajar suku Dusun Tindal. MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, 31 (1): 2. pp. 25-50. ISSN 2590-4086 (2020)



Abstract

Kajian ini bertujuan meneliti bentuk bahasa antara dalam penulisan karangan pelajar suku Dusun Tindal. Kajian kes dijalankan di Sekolah Menengah Tenghilan, Tuaran, Sabah yang melibatkan sebanyak 69 pelajar, 12 orang guru bahasa Melayu (BM) dan dua informan dari komuniti suku Dusun Tindal. Instrumen penyelidikan ialah set soal selidik, ujian karangan dan inventori terjemahan versi ayat bahasa Melayu dan bahasa Dusun Tindal. Terdapat beberapa penemuan penting daripada penyelidikan ini. Kebanyakan skor penulisan karangan bahasa Melayu pelajar pada peringkat ‘baik’ tetapi kandungan karangan masih terdapat bentuk bahasa antara, iaitu pemindahan latihan akibat pelajar menggunakan struktur ayat bahasa ibunda yang bermula dengan frasa kerja atau adjektif. Ayat yang mengandungi bentuk terlebih generalisasi menggambarkan penara sementara bahasa antara. Guru-guru bahasa menyarankan beberapa strategi bagi meleraikan bentuk bahasa antara, terutamanya mengambil sikap yang betul terhadap kesilapan bahasa pelajar. Kontinum bahasa antara pelajar kebanyakannya berada pada tahap akrolek antara skor 81 hingga 97. Tahap ini menghampiri kompeten bahasa penutur asli. Akhir sekali dan tidak kurang pentingnya, penyelidikan yang sistematik adalah perlu untuk menyelesaikan masalah bahasa antara dalam semua aspek bahasa. Sebagai langkah penambahbaikan, penyelidikan punca penara sementara adalah munasabah untuk mengatasi halangan bahasa antara yang dihadapi oleh pelajar suku Dusun Tindal.

Item Type: Article
Keywords: Kadazan-Dusun, Sub-etnik, Dusun Tindal, Bahasa antara, Kontinum bahasa antara
Taxonomy: By Niche > Ethnology > Kadazan Dusun (Bornean people) > Social Conditions
Local Content Hub: Niche > Kadazan-Dusun
Depositing User: Asrizam Awang Aman
Date Deposited: 12 Mar 2024 04:36
Last Modified: 12 Mar 2024 04:36
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item