Pemfosilan dalam bahasa antara generasi muda suku Dusun Tindal

Pemfosilan dalam bahasa antara generasi muda suku Dusun Tindal. International Journal of Education, Psychology and Counselling (IJEPC), 5 (34). pp. 212-233. ISSN 0128-164X (2020)



Abstract

Kebanyakan generasi muda suku Dusun Tindal di Sabah gagal mencapai kecekapan seperti penutur asli bahasa Melayu disebabkan mekanisme pemfosilan yang terkait dengan prestasi. Oleh itu, penyelidikan ini bertujuan untuk meneliti mekanisme pemfosilan dalam bahasa antara generasi muda suku Dusun Tindal. Kajian kes dijalankan di Sekolah Menengah Tenghilan, Tuaran, Sabah yang melibatkan sebanyak 69 pelajar. Selain pelajar, 12 orang guru bahasa ditemu bual untuk mendapatkan maklumat tentang strategi pembelajaran bahasa sasaran yang membolehkan pelajar melepasi bahasa antara. Dua orang informan dari komuniti suku Dusun Tindal telah memberikan pelengkap yang dicari-cari tentang etnologi suku Dusun Tindal di Sabah. Penemuan penting yang pertama ialah trend dalam domain bahasa ibunda yang sedia ada menunjukkan kesetaraan multibahasa. Kedua, kebanyakan skor penulisan karangan bahasa Melayu standard pelajar masih mengandungi unsur bahasa antara. Ketiga, faktor tertinggi sebab-musabab pemfosilan ialah kognitif. Pemetaan unsur-unsur leksikal dan sintaksis ke dalam domain bahasa sasaran mempengaruhi pemikiran pelajar. Hal ini jelas kerana ayat bentuk terlebih generalisasi dalam bahasa antara pelajar menggambarkan penara sementara dan mereka paling kerap menggunakan strategi pengabaian mesej. Kelima, kontinum bahasa antara berasaskan pengetahuan bahasa ibunda dan bahasa Melayu standard pelajar kebanyakannya pada tahap akrolek, iaitu satu tahap lebih rendah daripada kompetensi bahasa penutur asli. Guru-guru bahasa menyarankan beberapa strategi bagi meleraikan pemfosilan dalam bahasa antara, terutamanya mengambil sikap yang betul terhadap kesilapan bahasa pelajar.

Item Type: Article
Keywords: Kadazan-Dusun, Suku Dusun Tindal, Bahasa antara, Sub-ethnic
Taxonomy: By Niche > Ethnology > Kadazan Dusun (Bornean people) > Social Conditions
By Niche > Ethnology > Kadazan Dusun (Bornean people) > Social Life and Customs
Local Content Hub: Niche > Kadazan-Dusun
Depositing User: Asrizam Awang Aman
Date Deposited: 07 Mar 2024 07:42
Last Modified: 07 Mar 2024 07:42
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item