Pembudayaan reka bentuk busana tradisional masyarakat Dusun Tindal di Sabah. Gendang Alam, 7. pp. 137-149. ISSN 2180-1738 (2017)
Abstract
Budaya menggambarkan cara hidup yang dimiliki dan diamalkan oleh sesebuah masyarakat. Pakaian tradisional merupakan salah satu warisan tamadun dan peradaban yang diturunkan sejak zaman berzaman. Warisan budaya reka bentuk dan aksesori dalam busana masyarakat Dusun Tindal memaparkan hubungan kosmologi, bahan daripada alam semula jadi dengan pemikiran mereka. Amalan pembudayaan busana tradisi semasa perayaan dan upacara adat menggambarkan masyarakat Dusun Tindal yang masih berpegang kepada budaya yang diwarisi. Masyarakat Dusun Tindal mendominasi daerah Kota Belud sebagai penempatan utamanya. Kajian ini memfokuskan kepada pembudayaan dan reka bentuk busana tradisional penduduk Dusun Tindal yang tinggal di kawasan id Nuluhon (berbukit), iaitu perkampungan yang berhampiran dengan lereng Gunung Kinabalu. Kajian ini menjurus kepada busana tradisional Dusun Tindal yang dipanggil sinuranga (pakaian lelaki) dan rinagan (pakaian wanita). Kajian ini ditulis melalui kaedah kerja lapangan dengan mengumpul maklumat dan menganalisis data tentang struktur reka bentuk busana yang dikaitkan dengan citra pembudayaan masyarakat Dusun Tindal.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kadazan-Dusun, Sub-etnik, Dusun Tindal, Busana, Warisan |
Taxonomy: | By Niche > Ethnology > Kadazan Dusun (Bornean people) > Social Life and Customs |
Local Content Hub: | Niche > Kadazan-Dusun |
Depositing User: | Asrizam Awang Aman |
Date Deposited: | 12 Mar 2024 05:00 |
Last Modified: | 12 Mar 2024 05:00 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |