Bahasa Tombonuo dan Mangkaak: dalam keluarga bahasa yang sama. RUMPUN Jurnal Persuratan Melayu, 11 (2). pp. 1-13. ISSN 2637-126X (2023)
Abstract
Kajian ini merupakan sebahagian daripada penelitian dialek suku-suku atau subetnik dalam etnik Kadazandusun. Setiap suku atau subetnik dalam rumpun bahasa yang sama tidak terkecuali mengalami variasi bahasa yang muncul dalam perkataan, sebutan, tatabahasa, makna perkataan dan sebagainya. Variasi bahasa berlaku atas faktor geografi, sejarah suatu bahasa dan situasi sosial penutur. Kepelbagaian variasi bahasa dalam rantaian dialek etnik Kadazandusun menyebabkan timbulnya isu ketidaksalingfahaman bahasa antara satu dengan yang lain. Situasi ini memberi kesan dalam komunikasi lisan antara. Objektif kajian ini adalah untuk membandingkan kata kognat bahasa Tombonuo dan Mangkaak serta mengenal pasti tingkat klasifikasi kedua-dua bahasa tersebut sama ada terletak dalam keluarga bahasa yang sama atau bukan. Data kajian diperoleh melalui kajian lapangan dengan menggunakan kaedah temu bual tidak berstruktur terhadap empat orang informan. Sejumlah 207 daftar senarai kata Swadesh telah digunakan sebagai instrumen kajian bagi mendapatkan data. Data dianalisis dengan bersandarkan teori leksikostatistik. Hasil kajian mendapati peratus persamaan kata kognat antara Tombonuo dengan Mangkaak ialah 59.11%. Perkataan yang banyak berkognat diwakili oleh leksikal yang merujuk anggota badan, pernomboran dan kata ganti nama berbanding leksikal yang merujuk alam. Tingkat klasifikasi bahasa diinterpretasikan sebagai bahasa berbeza tetapi masih dalam tingkat subkeluarga bahasa yang sama. Dapatan kajian memberi implikasi kepada pengukuhan bukti adanya hubungan kekerabatan bahasa antara keluarga Dusun dan Paitan. Kajian ini juga memberi impak kepada pengayaan dan pemantapan perbendaharaan kata serta istilah dalam subjek Bahasa Kadazandusun di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kadazan-Dusun, Dusun etnik, Teori leksikostatistik, Klasifikasi bahasa, Bahasa, Dialek |
Taxonomy: | By Niche > Ethnology > Kadazan Dusun (Bornean people) > Social Conditions |
Local Content Hub: | Niche > Kadazan-Dusun |
Depositing User: | Asrizam Awang Aman |
Date Deposited: | 12 Mar 2024 05:40 |
Last Modified: | 12 Mar 2024 05:40 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |