Pelestarian alam sekitar dari perspektif tempatan masyarakat Kadazandusun di kawasan banjaran Gunung Kinabalu

Pelestarian alam sekitar dari perspektif tempatan masyarakat Kadazandusun di kawasan banjaran Gunung Kinabalu. Jurnal Peradaban Melayu, 17 (2). pp. 1-11. ISSN 1675-4271 (2022)



Abstract

Makalah ini bertujuan mengenal pasti perspektif tempatan melalui amalan dan kepercayaan masyarakat Kadazandusun yang tinggal di kawasan banjaran gunung Kinabalu dalam membantu pelestarian alam sekitar. Penyelidikan kualitatif melalui kajian lapangan dan kepustakaan digunakan untuk mendapatkan data. Kerja lapangan dikendalikan di dua buah kampung yang melibatkan lima orang informan berusia antara 69 hingga 84 tahun menggunakan kaedah temu bual. Kajian mendapati masyarakat Kadazandusun mengamalkan upacara mantera dan mimpi yang mempunyai kaitan dengan kepercayaan animisme sewaktu membuka tanah untuk pertanian. Selain itu, mereka mempercayai adanya kawasan sakral yang menghalang penduduk kampung daripada menebang dan mengambil tumbuhan dan isi sungai dengan sewenang-wenangnya. Mereka juga menggunakan strategi tempatan yang terancang sewaktu proses pembakaran ladang untuk tujuan mengelakkan kebakaran hutan. Penanaman tumbuhan di kawasan tebing pula dapat mengurangkan risiko tanah runtuh dan geluncuran tanah. Kesimpulannya, perspektif tempatan melalui amalan dan kepercayaan dapat melengkapi sains dan teknologi dalam mengurangkan masalah ekosistem.

Item Type: Article
Keywords: Kadazan-Dusun, Perspektif tempatan, Amalan dan kepercayaan, Pelestarian alam
Taxonomy: By Niche > Ethnology > Kadazan Dusun (Bornean people) > Rites and Ceremonies
By Niche > Ethnology > Kadazan Dusun (Bornean people) > Social Life and Customs
Local Content Hub: Niche > Kadazan-Dusun
Depositing User: Asrizam Awang Aman
Date Deposited: 12 Mar 2024 06:24
Last Modified: 12 Mar 2024 06:24
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item