Sistem Bi’nattang etnik Kimaragang di Sabah: satu tinjauan susun lapis sosial pada zaman silam

Sistem Bi’nattang etnik Kimaragang di Sabah: satu tinjauan susun lapis sosial pada zaman silam. Gendang Alam, 10 (10): 4. pp. 49-61. ISSN 2180-1738 (2020)



Abstract

Sistem Bi’nattang merupakan satu sistem sosial etnik Kimaragang. Etnik ini banyak menetap di daerah Kota Marudu dan sebahagian kecil lagi di daerah Pitas. Sistem Bi’nattang telah dipraktikkan oleh etnik Kimaragang pada tahun 1840–1845, iaitu sebelum kedatangan British di Borneo Utara. Kertas kerja ini akan membincangkan bentuk dan struktur sistem Bi’nattang dari segi susun lapis sosial, sistem kepimpinan, sistem kekeluargaan dan hubungan jantina yang diamalkan dalam sistem ini. Sehubungan itu, satu analisis ke atas struktur sistem Bi’nattang dibuat dengan mengupas susun lapis sosial, sistem kepimpinan, sistem kekeluargaan dan hubungan jantina dalam sistem Bi’nattang. Hasil kajian mendapati bahawa sistem Bi’nattang terbentuk berdasarkan norma, kepercayaan dan nilai yang diamalkan dalam kehidupan etnik Kimaragang (Bernardi, Gonzales & Requena, 2006). Pada masa kini, sistem Bi’nattang tidak lagi diamalkan oleh etnik Kimaragang namun, sebahagian adat dan undang-undangnya masih diteruskan. Kajian ini penting bagi memahami sistem pentadbiran tradisional etnik Kimaragang iaitu sistem Bi’nattang.

Item Type: Article
Keywords: Kadazan-Dusun, Sub-etnik, Kimaragang, Sistem Bi’nattang, Sistem kepimpinan, Susun lapis sosial, Sistem kekeluargaan
Taxonomy: By Niche > Ethnology > Kadazan Dusun (Bornean people) > Social Conditions
By Niche > Ethnology > Kadazan Dusun (Bornean people) > Social Life and Customs
Local Content Hub: Niche > Kadazan-Dusun
Depositing User: Asrizam Awang Aman
Date Deposited: 12 Mar 2024 06:37
Last Modified: 12 Mar 2024 06:37
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item