Aki Tumunda: tokoh masyarakat Dusun Kimaragang di Kota Marudu dari sudut sejarah lisan

Aki Tumunda: tokoh masyarakat Dusun Kimaragang di Kota Marudu dari sudut sejarah lisan. Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History), 1 (1). pp. 1-10. ISSN 2600-8726 (2018)



Abstract

Artikel ini mengupas tentang seorang pemimpin bernama Aki Tumunda dari sudut peranan beliau dalam konteks masyarakat Dusun Kimaragang di Kota Marudu. Perbincangan tentang tokoh tempatan merupakan salah satu aspek penting dalam pensejarahan baharu di Sabah yang selama ini cenderung kepada Mat Salleh, Syarif Osman dan Antanom. Penelitian terhadap tokoh ini akan ditelusuri dengan bersandarkan kaedah tradisi lisan kerana dokumentasi tentang tokoh ini hampir tidak pernah dilakukan. Kajian ini mendapati Aki Tumunda adalah seorang pedagang yang sering pergi ke Brunei. Penglibatan beliau dalam aktiviti perdagangan bukan sahaja memberikan hasil keuntungan kepadanya, malah kepada masyarakat Dusun Kimaragang. Perbincangan berhubung tokoh ini adalah perlu memandangkan peranan beliau yang penting dalam pensejarahan Sabah, khususnya ketokohannya yang muncul daripada kalangan rakyat biasa di Sabah.

Item Type: Article
Keywords: Kadazan-Dusun, Sub-etnik, Dusun Kimaragang, Aki Tumunda, Sejarah lisan, Tokoh tempatan
Taxonomy: By Niche > Ethnology > Kadazan Dusun (Bornean people) > Social Conditions
Local Content Hub: Niche > Kadazan-Dusun
Depositing User: Asrizam Awang Aman
Date Deposited: 12 Mar 2024 06:43
Last Modified: 12 Mar 2024 06:43
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item