Perbankan Islam perlu lebih inovatif

Perbankan Islam perlu lebih inovatif. [Website] (2018)



Abstract

Perbankan Islam suatu masa dahulu yang hanya merupakan sektor dan institusi alternatif kepada umat Islam kini telah berkembang dengan begitu pesat sekali. Perbankan Islam kini telah menjadi pilihan utama dalam melakukan transaksi perbankan sama ada untuk deposit, pembiayaan mahupun perkhidmatan-perkhidmatan lain oleh orang Islam dan bukan Islam di negara ini. Terdapat pelbagai faktor bagi kejayaan ini namun, faktor yang paling dominan adalah keyakinan pelanggan dan pelabur terhadap produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh institusi-institusi perbankan Islam yang menyebabkan permintaan terhadapnya semakin tinggi dan menyerlah dari tahun ke tahun. Jika kita susuri sejarah penubuhan perbankan Islam di negara ini, kita dapati bahawa proses untuk merealisasikan institusi perbankan tanpa riba dan mengamalkan prinsip muamalat Islam yang lebih adil dan saksama ini bukan berlaku dengan sendiri tanpa perancangan dan sumbangan besar golongan pakar, ahli akademik dan pengamal industri. Hasil gabungan, kerjasama dan sumbangan pelbagai pihak telah berjaya menghasilkan satu institusi perbankan Islam yang mantap dan kompetitif seperti perbankan konvensional.

Item Type: Website
Keywords: Islamic Banking, Services, Inovation
Taxonomy: By Niche > Islamic Banking > Banks and Banking > Customer Services
Local Content Hub: Niche > Islamic Banking
Depositing User: Ilya Nur Fateen Othman
Date Deposited: 31 Mar 2024 17:51
Last Modified: 31 Mar 2024 17:51
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item