"Si gadis kelulut" mengusahakan lebah madu kelulut dengan modal RM450 kini hasilkan RM10K sebulan

"Si gadis kelulut" mengusahakan lebah madu kelulut dengan modal RM450 kini hasilkan RM10K sebulan. [Video] (2021)



Abstract

Cik Izzatie Zulkifli, 26 Tahun (2021), merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Selepas tamat pengajian diperingkat ijazah pada pertengahan tahun 2019, saya mengambil keputusan untuk menubuhkan syarikat sendiri iaitu RZ Garden Enterprise seterusnya menjalankan perniagaan berasaskan madu kelulut asli yang menjadi sumber pendapatan beliau selepas bergelar graduan 'fresh graduate'. Beliau membekalkan madu kelulut asli dengan jenama ‘Honeyzull Pure Kelulut Honey’ bermula dari sekitar kampung, berkembang ke seluruh Kelantan, seterusnya kini boleh didapati di seluruh Semenanjung Malaysia melalui pesanan maya dan pos. Diinspirasikan dari nama ayah beliau Haji Zulkifli Bin Mamat, tercetuslah Honeyzull yang berada dipasaran pada hari ini. RZ Garden Enterprise adalah sebuah syarikat yang ditubuh secara tidak rasmi pada tahun 2017 dan didaftarkan secara rasminya di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 8 Jun 2019 dan beroperasi sehingga kini sebagai pengeluar madu kelulut asli yang menjadi produk utama kami. Keadaan ekonomi yang tidak stabil dan peluang pekerjaan yang terhad pada ketika itu (Jun 2019) tambahan lagi belum lagi bergraduat secara rasmi mencetuskan idea untuk beliau menubuhkan syarikat ini seterusnya mengeluarkan produk sendiri. Alhamdulillah beliau berjaya mencipta kerjaya sendiri dengan menjadi ‘Gadis Kelulut’ pertama di kampungnya iaitu Kg Membatu Ketereh Kelantan. Seorang remaja perempuan bercita- cita tinggi yang tekad menjalankan penternakan kelulut selepas tamat pengajian ijazah. “Walaupun saya tidak mempunyai asas dalam bidang ini pada awalnya, namun saya berazam mengusahakannya.” Petikan akhbar Harian Metro. Idea penubuhan RZ Garden Enterprise juga terbit apabila menyedari telah banyak produk-produk berasaskan sumber pertanian yang dikeluarkan sejak beberapa tahun lalu seperti ubi kayu, ubi keledek, pisang dan nanas. Yang terkini, fokus saya melihat kepada penghasilan dan pengeluaran madu kelulut yang semakin mendapat tempat dipasaran bertitik tolak juga dari pengalaman ayah saya yang telah merasai kesan pengambilan madu kelulut itu sendiri. Madu kelulut terbukti lebih berkhasiat daripada madu lebah biasa dengan kandungan antioksidan yang tinggi menjadikan madu kelulut lebih mendapat tempat dihati pengguna. Dari aspek pengurusan ladang pula, lebah kelulut boleh diternak dikawasan ladang yang terbuka di kawasan kampung mahupun di kawasan bandar dan perumahan dengan bekalan sumber makanan yang mencukupi untuk lebah kelulut terdiri daripada pelbagai jenis sumber seperti pokok buah-buahan, pokok bunga ,pokok herba termasuk rumput.

Mengetahui bahawa hampir 80% madu kelulut yang berada dipasaran pada hari ini adalah madu tidak asli berdasarkan beberapa artikel, memberi saya satu motivasi untuk terus berjuang memartabatkan madu kelulut asli untuk berada dipasaran. Menyedari kawasan tempat tinggal saya sangat sesuai dan strategik untuk membesarkan skala penternakan lebah kelulut yang sedia ada. Oleh yang demikian, saya mengambil keputusan untuk membuka satu taman khas yang menempatkan log-log kelulut sedia ada serta menambah lebih banyak log kelulut untuk menghasilkan madu kelulut yang mencukupi, yang terbaik dan semestinya asli. Selain menjadi sumber pendapatan utama saya selepas tamat pengajian ijazah, Taman Kelulut RZ Garden juga diwujudkan bertujuan untuk menjadikannya sebagai ‘one stop centre’ bagi penternak kelulut yang berada disekitar RZ Garden.

Item Type: Video
Keywords: Madu kelulut, Penternakan kelulut, Produk kesihatan, Keusahawanan
Taxonomy: By Niche > Kelulut (Stingless Bee) > Breeding
By Niche > Kelulut (Stingless Bee) > Culture
By Niche > Kelulut (Stingless Bee) > Products Therapeutic Use
Local Content Hub: Niche > Kelulut (Stingless Bee)
Depositing User: Norairin Natasya Zulkifli
Date Deposited: 22 Apr 2024 08:23
Last Modified: 22 Apr 2024 08:23
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item