Kesan sisa toksik racun serangga perosak kepada lebah kelulut Malaysia heterotrigona itama

Kesan sisa toksik racun serangga perosak kepada lebah kelulut Malaysia heterotrigona itama. Borneo Akademika, 3 (1). pp. 1-9. ISSN 2735-2250 (2019)



Abstract

Heterotrigona itama merupakan spesis lebah kelulut yang aktif ditemak(meliponikultur) di Malaysia. Kelulut ini ditemak secara komersil untuk madu,propolis, dan merupakan calon terbaik ejen pendebungaan tanaman. Namun, spesis ini berpotensi besar terdedah dengan penggunaan racun serangga kimia yang disembur pada permukaan tanaman. Kesan sisa toksik selepas pengunaan racun serangga telah memberi kesan terhadap mortaliti H.itama khususnya kepada pekerja lebah kelulut. Oleh itu, kajian bioassay telah dilakukan untuk mengenal pasti sisa kering 50% kepekatan kematian (LC50) dan 95% kepekatan kematian (LC95) racun serangga terhadap pekerja lebah kelulut di Stesen Penyelidikan Pertanian, Tenom. Empat racun serangga yang sering digunakan: Deltamethrin, Chlorpyrifos, Cypermethrin dan Malathion, diuji pada lima kepekatan yang berbeza yang dilarutkan bersama dengan 500 ml air suling serta direplikasi sebanyak tiga kali bagi setiap jenis racun. Kepekatan (LC50) dan (LC95) dianalisa mengunakan analisa probit selepas
satu jam pendedahan sisa racun serangga terhadap lebah kelulut dan 24 jam pemerhatian mortaliti. Hasil dapatan menunjukan, kesemua racun serangga yang dipilih adalah berbahaya kepada lebah kelulut melalui pendedahan sisa toksik kering. Deltametrin menunjukkan nilai LC50 (1.256 ml) dan LC95 (3.582 ml) yang tinggi, menjadikan racun serangga tersebut kurang berbahaya berbanding racun serangga yang lain. Walaubagai manapun, semakin tinggi konsentrasi racun maka semakin tinggi kadar toksik dan kematian terhadap pekerja H itama.

Item Type: Article
Keywords: Madu kelulut, Stingless bee, Entrepreneur, Insecticides, Dry residues, Lethal concentration, Toxicity
Taxonomy: By Niche > Kelulut (Stingless Bee) > Breeding
By Niche > Kelulut (Stingless Bee) > Diseases and Pests
By Niche > Kelulut (Stingless Bee) > Research
Local Content Hub: Niche > Kelulut (Stingless Bee)
Depositing User: Norairin Natasya Zulkifli
Date Deposited: 16 Apr 2024 08:45
Last Modified: 16 Apr 2024 08:45
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item