Tahap kefahaman mahasiswa terhadap subjek asas perbankan Islam di UiTM Kampus Alor Gajah dan Kampus Mukah

Tahap kefahaman mahasiswa terhadap subjek asas perbankan Islam di UiTM Kampus Alor Gajah dan Kampus Mukah. Jurnal Maw’izah, 6. pp. 41-52. ISSN 2636-9354 (2023)



Abstract

Perbankan Islam merupakan sistem perbankan yang berlandaskan undang-undang Syariah. Semua amalan dan peraturan dalam perbankan Islam ini mestilah mengikuti ajaran al-Quran, al-Sunnah, Ijma’, Qias dan ijtihad. Perbankan Islam juga tidak membenarkan sebarang aktiviti perniagaan yang mempunyai unsur riba’, maisir dan gharar. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap kefahaman mahasiswa UiTM terhadap mata pelajaran CTU351 (Asas Perbankan Islam) yang diajarkan di UiTM Kampus Alor Gajah, Melaka dan UiTM Kampus Mukah, Sarawak. Reka bentuk kajian ini adalah kajian kuantitatif dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Data dikumpulkan daripada mahasiswa Diploma Pengajian Perbankan di UiTM Kampus Alor Gajah dan UiTM Kampus Mukah pada semester I sesi pengajian 2022/2023. Data-data yang dikumpulkan dalam kajian ini dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa tahap kefahaman yang ditunjukkan oleh pelajar di UiTM Kampus Alor Gajah dan UiTM Kampus Mukah sangat baik. Pelajar juga dapat manfaat serta pendedahan awal mengenai konsep dan amalan perbankan Islam. Kajian ini turut memberi cadangan terhadap pensyarah untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran agar pelajar dapat memahami konsep, prinsip dan pengoperasian perbankan Islam dengan lebih mudah.

Item Type: Article
Keywords: Perbankan Islam, Tahap kefahaman, Mahasiswa
Taxonomy: By Niche > Islamic Banking > Banks and Banking > Finance
By Niche > Islamic Banking > Banks and Banking > Religious Aspects
By Niche > Islamic Banking > Banks and Banking > Research
Local Content Hub: Niche > Islamic Banking
Depositing User: Ilya Nur Fateen Othman
Date Deposited: 29 Apr 2024 08:54
Last Modified: 29 Apr 2024 08:54
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item