Pendekatan mahkamah dalam membuat keputusan terhadap produk perbankan Islam: analisis kes terpilih. Journal of Law & Governance, 2 (1). pp. 80-98. ISSN 2637-0743 (2019)
Abstract
Badan Kehakiman merupakan salah satu kompenen utama dalam prinsip pengasingan kuasa yang diamalkan di Malaysia bagi menjamin sistem demokrasi yang adil. Badan ini berdiri secara bebas tanpa terikat kepada mana-mana pengaruh dan campur tangan Badan Eksekutif sejajar dengan syariat Islam. Amalan undang-undang di Malaysia memperlihatkan Mahkamah Sivil berbidangkuasa memutuskan kes terhadap perkara yang melibatkan kewangan dan perbankan berdasarkan Senarai I Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Bagaimanapun, hukum keesahan melibatkan sesuatu transaksi atau produk kewangan dan perbankan Islam adalah dibawah seliaan Majlis Penasihat Syariah. Isu timbul apabila wujud dakwaan Mahkamah terikat untuk mengikut keputusan atau resolusi Majlis Penasihat Syariah. Persoalan yang diketengahkan, adakah wujud perlanggaran seksyen 56 dan seksyen 57 Akta Bank Negara Malaysia 2009 oleh Mahkamah dalam memutuskan kes yang berkaitan produk perbankan Islam. Justeru, bagaimana Mahkamah mengadili dan memutuskan kes seperti ini. Oleh itu, artikel ini akan membincangkan secara ringkas mengenai peranan Majlis Penasihat Syariah diikuti bidangkuasa Mahkamah. Penulisan kemudiannya akan meneliti kes-kes melibatkan produk perbankan Islam yang telah diputuskan oleh Mahkamah. Objektif artikel ini bagi mendedahkan kepada masyarakat, pendekatan yang dibuat oleh Mahkamah dalam mengadili produk perbankan Islam sama ada menepati maqasid atau sekadar mengikut tatacara perundangan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Perbankan Islam, Majlis Penasihat Syariah, Maqasid syariah |
Taxonomy: | By Niche > Islamic Banking > Banks and Banking > Finance By Niche > Islamic Banking > Banks and Banking > Government Policy By Niche > Islamic Banking > Banks and Banking > Religious Aspects |
Local Content Hub: | Niche > Islamic Banking |
Depositing User: | Ilya Nur Fateen Othman |
Date Deposited: | 29 Apr 2024 09:10 |
Last Modified: | 29 Apr 2024 09:10 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |