Batik Malaysia: jadilah jauhari yang mengenal manikam

Batik Malaysia: jadilah jauhari yang mengenal manikam. [Newspaper] (2023)



Abstract

Pada sesi taklimat media bersama Kraftangan Malaysia tentang industri batik negara ini, ramai pengamal media termasuk penulis, gagal membezakan antara batik Malaysia dan batik cetak batik yang dibawa masuk dari negara serantau - ketika diminta berbuat demikian. Pada pandangan mata kami, kedua-dua jenis batik yang ditunjukkan itu nampak sama dan sempurna, khususnya dari segi lakaran corak. Barangkali tahu akan dangkalnya ilmu masyarakat tentang batik, ada peniaga termasuk pengusaha butik terkenal, turut menjual batik cetak yang dianggap oleh pembeli sebagai batik Malaysia, sementelah produk kraf import itu juga dijual semahal batik asli Malaysia. Ditambah pula permintaan tinggi terhadap batik. Misalnya untuk tahun ini, nilai jualan bagi tempoh lapan bulan pertama sudah mencecah RM67.4 juta. Industri itu merekodkan nilai jualan tertinggi berjumlah RM176.4 juta pada 2019.

Item Type: Newspaper
Keywords: Kraftangan Malaysia, Batik, Tekstil, Industri
Taxonomy: By Niche > Batik > Marketing
By Niche > Batik > Themes, Motives
Local Content Hub: Niche > Batik
Depositing User: Muslim Ismail @ Ahmad
Date Deposited: 26 Apr 2024 09:16
Last Modified: 26 Apr 2024 09:16
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item