Semakin ramai milenial dan Gen Z pilih perbankan Islam. [Newspaper] (2024)
Abstract
Kuala Lumpur: Milenial dan Generasi Z (Gen Z) beragama Islam di Asia Tenggara semakin memanfaatkan perbankan Islam, dengan 77 peratus daripada rakyat Malaysia dan 65 peratus rakyat Indonesia dalam tinjauan menggunakannya bersama-sama perbankan tradisional berbanding hanya 31 peratus di seluruh dunia, menurut laporan. Dalam satu kajian yang dilaksanakan oleh Mambu -- platform perbankan awan perisian sebagai perkhidmatan (SaaS) terkemuka -- menyatakan Malaysia juga mempunyai segmen tertinggi pengguna yang hanya menggunakan perbankan Islam (42 peratus), berbanding lebih suku (26 peratus) daripada responden global. Laporan itu menunjukkan di seluruh rantau, sebanyak 85 peratus daripada pengguna yang tidak menggunakan perbankan Islam pada masa ini menyatakan minat untuk berbuat demikian, dengan peratusan meningkat kepada 92 peratus di Indonesia.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Perbankan Islam, Perkhidmatan perbankkan, Kesedaran pengguna |
Taxonomy: | By Niche > Islamic Banking > Banks and Banking > Customer Services By Niche > Islamic Banking > Banks and Banking > Finance |
Local Content Hub: | Niche > Islamic Banking |
Depositing User: | Ilya Nur Fateen Othman |
Date Deposited: | 29 Apr 2024 09:40 |
Last Modified: | 29 Apr 2024 09:40 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |