Jana pendapatan bermodal daun pokok

Jana pendapatan bermodal daun pokok. [Newspaper] (2024)



Abstract

Lumut: Bermodalkan daun pokok yang dikutip secara percuma, bekas pekerja bank mampu menjana pendapatan dengan memanfaatkan kreativitinya dalam penghasilan produk bermotif batik unik serta eksklusif.

Pengasas Ghomah Batik Manjung, Elizawati Ellias, 39, berkata, dia menggunakan daun pokok seperti jati, kulai, bakau, lemuni, jambu, sepang dan gelinggang yang mudah didapati dalam daerah Manjung, di sini untuk mencipta produk seperti blazer, baju t, tote bag, beg tangan, tudung, kusyen dan hiasan pejabat.

Menurutnya, ideanya terjun ke industri tekstil itu tercetus semasa beliau bergiat aktif dalam pertubuhan sukarelawan Sahabat Alam (SAM) pada 2018 yang memperjuangkan kelestarian alam sekitar menerusi kempen dan pendidikan di pelbagai peringkat masyarakat.

Item Type: Newspaper
Keywords: Motif batik, Daun pokok, Seni
Taxonomy: By Niche > Batik > Marketing
By Niche > Batik > Themes, Motives
Local Content Hub: Niche > Batik
Depositing User: Muslim Ismail @ Ahmad
Date Deposited: 21 May 2024 08:06
Last Modified: 21 May 2024 08:06
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item