Komuniti Melanau harus saling menyokong untuk kemajuan bersama. [Newspaper] (2024)
Abstract
KUCHING: Buat julung kalinya, pada Mesyuarat Agung Tritahunan Persatuan Melanau Kuching Sesi 2024-2027, kesemua jawatan dimenangi oleh calon tanpa bertanding. Mesyuarat Agung Tritahunan PMK kali ini bertujuan memilih jawatankuasa baharu (exco PMK) bagi mengemudi persatuan untuk tiga tahun akan datang.Kebanyakan muka lama masih mempertahankan jawatan masing-masing dan hanya dua calon baharu bertanding bagi mengganti dua ahli jawatankuasa yang mengundur diri. Fridah Osman sekali lagi dipilih sebagai Presiden untuk penggal kedua berturut-turut diikuti Timbalan Presiden baharu, John Ling Jirid Tira, naik satu tangga dari Naib Presiden I ke Timbalan Presiden. Manakala, Naib Presiden I dan II masing-masingnya disandang oleh Hardi Keli dan Galidas Galau. Bagi jawatan lantikan pula, lima muka lama dikekalkan iaitu Robin Junang, Setiausaha Agung, Eliza Diana Mas, Penolong Setiausaha Agung, Mordiah Mohd Ali, Bendahari Kehormat, Tres Andrew Taki, Penolong Bendahari Kehormat dan Lian Kaliew, Ketua Penerangan.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Persatuan Melanau Kuching, Mesyuarat Agung Tritahunan, Melanau community, Cultural preservation, Economic development, Youth participation |
Taxonomy: | By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Social Life and Customs |
Local Content Hub: | Niche > Melanau |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 06 Jun 2024 07:10 |
Last Modified: | 06 Jun 2024 07:10 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |