Batik mesra alam. [Newspaper] (2021)
Abstract
Pendang: Pembuatan seni kraf batik kebiasaannya lebih popular di negeri Pantai Timur seperti Terengganu dan Kelantan namun, seorang penguasaha batik di sini menghasilkan kraf itu luar daripada kebiasaan dengan teknik baharu iaitu 'ecoprint'.
Khairizal Ishak, 33, dari Kampung Padang Durian di sini yang berpengalaman dalam bidang pembuatan batik sejak 2012 berkata, teknik itu menggunakan tumbuhan semula jadi seperti daun, kulit kayu dan akar pokok yang corak dan warnanya lebih mesra alam tanpa menggunakan bahan kimia.
"Dua tahun kebelakangan ini saya buat penyelidikan guna tumbuhan semula jadi dipanggil teknik ecoprint...teknik ini tidak ramai orang buat kerana prosesnya rumit yang memerlukan masa antara sembilan ke 14 hari untuk menghasilkan lima pasang batik, namun ia ada peminatnya tersendiri," katanya kepada Bernama di bengkel pembuatan batiknya di kampung itu baru-baru ini.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Seni kraf, Batik, Ecoprint |
Taxonomy: | By Niche > Batik > Technique |
Local Content Hub: | Niche > Batik |
Depositing User: | Muslim Ismail @ Ahmad |
Date Deposited: | 21 May 2024 08:53 |
Last Modified: | 21 May 2024 08:53 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |