Gerai Ria sepanjang Ramadan dijangka promosi makanan tradisional Melanau. [Newspaper] (2024)
Abstract
KUCHING: Gerai Ria Persatuan Melanau Kuching (PMK) di Wisma Melanau dijangka melonjakkan promosi terhadap makanan tradisional dan warisan tradisi Melanau. Ahli Parlimen Tanjung Manis, Yusuf Abdul Wahab, berkata projek rintis yang julung kalinya dibuka itu diharap membuka peluang kepada warga Melanau khususnya generasi muda di sekitar Kuching terlibat dalam bidang perniagaan. “PMK telah berusaha untuk membantu mempromosikan makanan tradisional Melanau seperti tebaloi, tetebeh, tumpik, linut, pipus dan banyak lagi. “Tindakan proaktif ini sangat baik agar makanan tradisional Melanau dapat dikenali oleh kaum-kaum lain di Malaysia ini,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Gerai Ria PMK di pekarangan Wisma Melanau Kuching di sini, hari ini. Dalam perkembangan sama, beliau percaya pembukaan Gerai Ria PMK ini adalah satu usaha baik untuk memperkenalkan warisan tradisi agar generasi muda kaum Melanau dari pelbagai daerah mengenali juadah atau makanan tradisional nenek moyang.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Melanau, Makanan tradisional, Warisan tradisi, Generasi muda, Gerai Ria PMK |
Taxonomy: | By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Social Life and Customs |
Local Content Hub: | Niche > Melanau |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 06 Jun 2024 08:21 |
Last Modified: | 06 Jun 2024 08:21 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |