Persatuan Melanau Sarikei terpilih jadi rakan strategik program JWKS. [Newspaper] (2024)
Abstract
SARIKEI: Persatuan Melanau Cawangan Sarikei mengorak langkah apabila terpilih sebagai rakan strategik bagi pelaksanaan program Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) melalui Geran Modal Pemerkasaan Wanita Sarawak.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Sri Fatimah Abdullah berkata, persatuan itu akan membantu JWKS dalam mengedar dan memantau pelaksanaan program berkenaan. “Program ini melibatkan kolaborasi antara JWKS dan rakan strategik dalam kalangan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Sarawak.
“Terima kasih saya ucapkan kepada Persatuan Melanau Cawangan Sarikei kerana sudi menjadi rakan strategik bagi pelaksanaan inisiatif ini untuk bahagian Sarikei,” katanya pada majlis penyerahan geran itu di Dewan Sri Nyelong, hari ini.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Persatuan Melanau Cawangan Sarikei, Program Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS), Geran Modal Pemerkasaan Wanita Sarawak, Bantuan Ketua Isi Rumah Wanita Sarawak (KiRWAS), Ekonomi wanita Sarawak |
Taxonomy: | By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Social Life and Customs |
Local Content Hub: | Niche > Melanau |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 06 Jun 2024 08:45 |
Last Modified: | 06 Jun 2024 08:45 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |