Sagu tanaman komersial tertua Sarawak. [Newspaper] (2021)
Abstract
APABILA bercakap mengenai sagu, sejarahnya memang panjang. Sagu dihasilkan dari pokok rumbia (mulong). Sagu telah menjadi bahan dagangan penting di Sarawak sebelum kedatangan kuasa Barat ke Sarawak lagi. Malah sagu menjadi tanaman komersial utama sebelum lada dan getah diperkenalkan di Sarawak. Sagu merupakan industri tradisional dan amat rapat dengan masyarakat Melanau. Masyarakat Melanau menjadi masyarakat utama yang mengusaha dan mengeluarkan sagu untuk keperluan tempatan dan juga eksport. Kawasan seperti Mukah dan Oya yang didiami masyarakat Melanau merupakan kawasan utama pengeluaran sagu di Lembah Rejang. Selepas itu diikuti dengan Bintulu, Matu dan Bruit serta kawasan utara Sarawak.
Item Type: | Newspaper |
---|---|
Keywords: | Melanau, Sagu, Rumbia, Ekonomi, Perdagangan, Kebudayaan |
Taxonomy: | By Niche > Ethnology > Melanau (Malaysian People) > Social Life and Customs |
Local Content Hub: | Niche > Melanau |
Depositing User: | Jamil Jawi |
Date Deposited: | 06 Jun 2024 08:54 |
Last Modified: | 06 Jun 2024 08:54 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |