Institut perbankan Islam berupaya bangunkan bakat kewangan global

Institut perbankan Islam berupaya bangunkan bakat kewangan global. [Newspaper] (2023)



Abstract

KUALA LUMPUR: Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM) menyediakan medium penting untuk membangunkan bakat dalam industri kewangan Islam bagi memastikan profesional yang berkemahiran dan berpengetahuan untuk memenuhi permintaan yang meningkat terhadap kepakaran kewangan Islam selain mempamerkan nilai bertanggungjawab dan beretika dari segi sosial. Majlis Penganugerahan Pensijilan IBFIM keempat yang dianjurkan baru-baru ini menegaskan usahanya untuk mengiktiraf institusi kewangan Islam yang memperlihatkan komitmen teguh untuk membangunkan bakat kewangan Islam. “Kewangan Islam adalah berdasarkan prinsip undang-undang Islam, atau syariah, yang menentukan segala aspek kehidupan umat Islam dan ini satu sistem yang melarang urus niaga berasaskan faedah dan menggalakkan pelaburan yang bertanggungjawab dan beretika dari segi sosial,” menurut institut itu dalam kenyataan hari ini.

Item Type: Newspaper
Keywords: Perbankan Islam, Kewangan Islam
Taxonomy: By Niche > Islamic Banking > Banks and Banking > Accounting
Local Content Hub: Niche > Islamic Banking
Depositing User: Ilya Nur Fateen Othman
Date Deposited: 28 Jun 2024 02:01
Last Modified: 28 Jun 2024 02:01
Related URLs:

Actions (login required)

View Item View Item