Kajian rekabentuk Eco2GC drain cover. Advances in Agricultural and Food Research Journal, 3 (2). pp. 1-11. ISSN 2735-1084 (2022)
Abstract
Isu longkang tersumbat nampak remeh, namun ia memberikan kesan yang tidak baik kepada persekitaran, kesihatan dan pekerja kebersihan. Terdapat banyak sebab yang menjadikan longkang tersumbat seperti dipenuhi sampah sarap, pasir dan tanah serta daun dan ranting kering. Berikutan dengan itu, satu kajian reka bentuk Eco2GC Drain Cover dihasilkan bagi mengatasi masalah longkang tersumbat. Eco2GC Drain Cover adalah singkatan bagi Economic to Green Concrete Drain Cover di mana produk ini direka bentuk selaras dengan saliran mesra alam (MSMA). Objektif reka bentuk produk ini adalah untuk mengenal pasti kadar aliran air, kekuatan mampatan dan penjimatan masa penyelenggaraan longkang yang menggunakan Eco2GC Drain Cover. Konsep asas reka bentuk Eco2GC Drain Cover adalah menekankan kepada fungsi asal longkang untuk mengalirkan air namun ia juga dapat mengelakkan sampah, tanah, pasir, daun dan ranting masuk ke dalam longkang. Hasil daripada kajian reka bentuk longkang ini didapati ujian pengaliran air Eco2GC Drain Cover melalui poros adalah 1.999 liter/saat, ujian kekuatan mampatan adalah 43.63N/mm2 pada umur 28 hari, penjimatan masa pekerja menyelenggara longkang adalah 72.5%. Dengan itu, produk Eco2GC Drain Cover ini memberikan kesan yang amat baik kepada pengurusan sisa dan dapat mengelakkan longkang tersumbat daripada sampah, tanah, pasir, daun dan ranting kering.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Seni reka bentuk industri, Rekabentuk produk, Longkang tersumbat, Eco2GC drain cover, Poros, Pengurusan sisa |
Taxonomy: | By Niche > Industrial Design > Environmental Aspects By Niche > Industrial Design > Management |
Local Content Hub: | Niche > Industrial Design |
Depositing User: | Mohd Amin Zainol |
Date Deposited: | 12 Jun 2024 05:30 |
Last Modified: | 12 Jun 2024 05:30 |
Related URLs: |
Actions (login required)
View Item |